-->

Sunday, 12 May 2013

Khas buatmu teman..

~~~~~(*^_^*)~~~~~

Salam pertemuan buatmu teman...
Seintim hubungan dan seerat kasih sayang antara kita bersama...
Ukhwah yang terbina menjadi titik permulaannya...
Menyemai impian menggapai redhaNYA hingga ke syurga...
Moga mendapat rahmat Yang Esa selayaknya...
Hari-hari yang dilalui bersama banyak menitipkan segala coretan duka dan lara...
Coretan yang banyak mengajar erti sebenarnya mengenal dunia...
Segala tawa keriangan dan titisan air mata bekalan bersama...
Penyeri ukhwah yang hampir terlaksana... 


Ukhwahfillah itu indah maksudnya... 
Bukan sebarangan definisi yang direka semata...
Pengisiannya juga haruslah kena pada tempat dan caranya...
Sentiasa bersama walau apa jua musibah yang melanda...
Bukan hanya mencipta satu memori indah yang penuh dusta belaka...
Itulah ikrar antara sesama insan yang kehausan CintaNYA...





Akan tetapi ukhwah ini tidak selalunya indah belaka perkhabarannya teman...
Banyak dugaan yang menimpa antara sesama mereka yang ingin meraih redhaNYA...
Jika ikrar suci antara kita diingkari prinsipnya,maka hancur berderai ukhwah yang dibina bertahun lamanya seperti kaca permata taruhan dunia...
Tiada lagi yang mampu dibina melainkan kekuatan iman dan sabar setiasa merantai diri yang alpa...
Awasilah setiap pertuturan budi bahasa serta perilaku diri sesama kita...
Kerana perkara itulah yang menjadi racun perosak utama dalam menggadaikan maruah ukhwah yang kita laksanakan bersama...



Suatu saat setiap insan akan menerima panggilan Illahi yang sememangnya pasti akan berlaku...
Kerana setiap ciptaanNYA akan bertemu denganNYA walau dengan cara apa sekalipun keadaanya...     
Tidak mungkin kita akan lari daripadanya walau sehebat mana pun kita... 
Kerana kita hanyalah pinjaman sementara...segala-galanya milik mutlak Maha Kuasa...
Andai diri ini terlebih dahulu menemui Pencipta yang tercinta...
Kirimkanlah dedaun doa buatku wahai insan haruman syurga...
Agar daku tenang dalam dakapan Sang Pencipta...
Aku bersaksi bahawa kalian temanku hingga ke syurga dihadapan Pencipta...


Kini tiba dihujung pertemuan yang sarat dengan nukilan rasa cinta... 
Musim-musim yang berlalu perkiraannya...
Hanya tinggal memori terindah didalam mindaku kurniaan Illahi...
Tersemat rapi di dalam lipatan diari kehidupanku...
Moga kita bersua kembali di syurga yang penuh kenikmatan ciptaan Illahi...



 ~~~~~(*^_^*)~~~~~

No comments:

Post a Comment