~~~ (*^___^*) ~~~
C.I.N.T.A
Sungguh indah perkhabarannya..
Caturan hidup menjadikan aku leka tentangNya..
Menjadikan aku lupa mengenal dunia ciptaanNya..
Kesempurnaan itu bukan milikku mahupun milikmu..
Akan tetapi milik mutlak Yang Maha Kuasa..
Aku tidak meminta untuk dikasihi sepenuhnya..
Cukuplah cinta hakiki menjadi pelengkap hidupku yang hina dina ini..
Sahabat..
Andai cinta itu memanggil untuk mengenalimu..
Cukuplah cinta itu yang mendorongmu mengenal PenciptaMu..
Andai cinta itu ingin mendekati langkah perjalanan hidupmu..
Cukuplah cinta hakiki menjadi pengiringmu..
Usahlah kau menoleh ke arah cinta yang menjanjikan domba semata-mata..
Cinta Allah yang lebih utama..
Tinta ku kirim buatmu sahabat sejatiku..
Andai aku tiada lagi didunia ini untuk menemanimu..
Carilah insan yang benar-benar memimpinmu mencari cinta sejatimu..
Aku tidak mampu bersamamu hingga ke akhir hayatmu..
Kerana aku milik mutlak Maha Penciptamu..
Aku berharap lembayung rahmat dan barakah Illahi sentiasa memayungi dirimu sahabatku..
Jangan pernah jemu mencari cinta Allah untuk kau bersua denganNya di akhirat nanti..
Akan tiba hari yang sungguh indah bersama Kekasih Abadi mu..
Jangan pernah goyah menerima tetamu ujian dunia menuju akhirat..
Kerana disitulah kiriman cinta Illahi buat si pencinta ukhrawi..
Cintailah dirimu seperti mana kamu mencintai insan yang kamu sayangi keranaNya..
Cintailah sepenuh hatimu wahai sahabatku..











.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment